Saturday 24 March 2012

MELAYU VS ISLAM



Hari ini aku nak komen sikit pasal bangsa aku..


Ada sebab mengapa orang-orang Melayu itu tidak begitu maju. Bukan sahaja tidak begitu maju dari segi ekonomi, tetapi tidak juga maju dari segi pemikiran. Melayu yang maju, pasti berbeza wataknya dari majoriti orang-orang Melayu di Malaysia.


2) berbahasa Melayu   
3) beragama Islam.




















Apabila datangnya agama Islam ke tanah Melayu, agama Islam itu di Melayukan. Di dalam perlembagaan negara, Melayu itu dikategorikan sebagai:1) mengamal adat MelayuTak pasal-pasal agama Islam di Melayukan. Di dalam dunia ini, hanya terdapat dua bangsa sahaja yang dikaitkan dengan agama. Yahudi dengan Judaism dan Melayu dengan Islam. Sebab itu orang bukan Islam di Malaysia menganggap masuk Islam itu adalah masuk Melayu.Sedangkan orang-orang di China telah memeluk Islam pada ketika orang-orang di Tanah Melayu masih lagi majoritinya beragama Hindu. Ini sejarah yang entah kenapa mahu disembunyikan.Apabila Islam di Melayukan, dosa-dosa besar yang memudaratkan masyarakat seperti rasuah dianggap kecil. Orang-orang Melayu lebih sibuk tentang hal bilik tidur orang lain. Apatah lagi kerajaan hari ini juga sangat berminat tentang hal bilik tidur orang lain.Pemikiran majoriti orang-orang Melayu telah rosak parah. Agama Islam yang suci telah di Melayukan. Harapan hanya tinggal kepada kaum muda. Akan tetapi, kaum muda hari ini majoritinya jahil dan tidak berminat untuk menuntut ilmu.


So...fikir2xkanlah ye..Termasuk ngan admin sekali!!!!

2 comments:

  1. bukan disembunyi kn sejarah tu, tp mereka (melayu kuno) ni pun tatawu agak nye..
    setuju, kenapa melayu yg wujud pada hari ini, melayu semata2...apa ada pada bangsa, jng dilihat pada perbezaan bangsa, tp mari kitabersatu melalui agama, semestinye kite wujud sbg 1 kuasa, tp kenapa pemikiran terlalu rigid nampak perbezaan bangsa semata2, melayu, melayu, dan melayu sedangkan kite serupa,
    manusia umpama pedang, dunia tmpat batu asahan pedang, namun kadang2 kite sagat2`alpa...

    think and do...not just talk.

    talking is nothing.doing is something.
    good luck for my self and sesumerr insyaallah

    ReplyDelete
  2. Insyallah, Action speak louder than a words.

    ReplyDelete